Semalam balik keje..rasa macam nk makan benda yg sejuk...dan berkuah...
Mula tu fikir nk wat bubur....tp bubur tak tahan lama....baik wat puding..boleh perap lama peti....(ni statement org malas...wat sekali..tuk stock makan 1 week)
so check bahan2 semua ader......tp beksa kecik2 jer tak der...so kita pakai loyang
Tp kecewa lak bila pakai loyang..bila potong jd tak cantik..biasa pakai bekas kecik2 tu comel jer nampak berenang2 dalam kuah dia....
Tak perla..asal siap...
Ni la hasilnyer
.
.
.
.
CARA MEMBUAT PUDING:
Masak agar2 dengan air hingga larut. Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi. Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2(Saya guna loyang besar jer...senang,nanti potong2 kecil jer...hahaha)Lagi satau,dalam loyang tu letakan buahan koktel ikut suka banyak mana.Bagi nampak cantik puding agar-agar tu.....heheheh. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.
CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL:
Masukan susu cair,air,gula,garam & daun pandan.Masak hingga gula larut. Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata. Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi. Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan puding didalam mangkuk & tuangkan kuah koktel
Resepi ni tak ingat ambik kat mana...tp hasil google..tq kepada tuan resepi...
No comments:
Post a Comment