Secara perbandingannya, pelaburan unit amanah memberikan pulangan tahunan yang lebih tinggi daripada KWSP. Sebagai contoh dibawah:
Pulangan KWSP :2005-5%, 2006-5.15%, 2007-5.8%Pulangan Public Ittikal: 2005-7.24%, 2006-12.91%, 2007-46.13%
Bukankah kita perlu mengambil berat tentang kadar pulangan simpanan kita? Duit simpanan didalam KWSP itu bukan boleh dikeluarkan lagi selagi tak sampai umur 50 tahun. Jadi takkan mahu melepaskan peluang untuk melabur ke instrumen lain yang lebih menguntungkan? Bayangkan jika anda mempunyai RM30,000 dan membuat simpanan ke dalam 2 jenis simpanan iaitu KWSP dan Unit Amanah. Dalam masa 25 tahun jumlah simpanan di dalam KWSP menjadi RM205,500 (anggaran pulangan 8% setahun) sebaliknya jumlah simpanan di dalam Unit Amanah menjadi RM2,861,886 (anggaran pulangan 20% setahun). Lihat perbezaannya adalah sebanyak RM2,656,386!!
Owh...ni menarik ni....aku mesti melabur pakai KWSP akaun 2....jom kawan2...untuk masa depan
No comments:
Post a Comment