Friday, May 4, 2012

dinner

 dinner semlm

masak simple gak.habiskan ikan merah.sbb weekend mesti ade byk plan.

masak asam rebus ikan merah.adoiii bunga kantan x dak.belasah je.blk pun dah dekat pukul 6 sampai kat rumah.main campak2 jela.
 pucuk jambu golok bawak dari kg wat ulam.telur dadar letak daun cokok aka belinjai aka whateverla.nama betul tak dapat di pasti kan.cicah2 dengan sambal belacan
 di minum bersama teh tarik strawberry from cameron highland.
 laki saya yg mkn dgn gembira.kalo saya masak ikan bilis pun dia x kisah.sbb dah keboringan mkn kat kedai.
 pokok daun limau purut kat belakang rumah dah membesar dengan jayanya.so tebang sket bawak datang opis.bg2 kat kawan2.ni lepas di potong2.
 dan weekend ni akan menenjoykan diri ke pd.

From: z*ck pd [mailto:holid*ypd@gmail.com]
Sent: Friday, May 04, 2012 12:01 PM
To: **rina Moh* *al*m
Subject: EMAIL PENGESAHAN - ESN 4 MAY

Jenis Chalet : Executive Water Chalet (ESN)
Tarikh check in : 4 MAY, selepas 2.30pm
Tarikh check out : 6 MAY, sebelum 12.00pm
Jumlah : RM6*0
Deposit : RM*00
Baki : RM*** perlu dibayar cash semasa check in

Assalamualaikum Puan/Cik Z*ri*a,
(untuk info lanjut, sila layari http://legendwaterchalets.net atau http://legendwaterchalet.weebly.com)
Terima kasih kerana berurusan & menempah chalet kami. Sila maklum bahawa chalet yang ditempah adalah milik persendirian (bukan diselia oleh pihak pengurusan resort), oleh itu anda dianggap sebagai tetamu kepada pemilik chalet, bukannya dianggap penyewa di resort tersebut. Sebagai tetamu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan dipatuhi seperti disenaraikan di bawah:

1. Pemilik chalet menyediakan sabun mandi, syampu dan 2 tuala sendiri. Kualitinya mungkin sedikit berbeza daripada apa yang ditawarkan oleh pihak resort. Kemudahan lain adalah setanding dengan apa yang ditawarkan oleh pihak resort.

2. Sehari sebelum anda bertolak ke PD, sila sms jenis kereta yang anda akan pandu (buatan dan warna) dan waktu kemungkinan anda akan tiba di PD. Saya atau pekerja saya akan bertemu anda di tempat yang dijanjikan. Kebiasaannya kita akan bertemu  di hadapan Pusat Komputer ELTAS di sebelah kiri Glory Beach Resort atau di hadapan De Owner Enterprise (rujuk peta).

3. Sila jelaskan baki secara tunai sebelum kunci diserahkan.

4. Waktu check in antara pukul 2.30-3.00pm. Kami akan maklumkan kepada anda jika chalet sedia untuk dimasuki lebih awal.
5. Sila parking kereta anda di tempat parking kereta tingkat atas (berbumbung). Jika tempat parking tingkat atas sudah penuh, anda perlu meletak kereta di ruang terbuka di hadapan bangunan utama. Guna lif ke tingkat bawah, belok kanan untuk ke pintu keluar sebelah belakang dan terus ke chalet. Tidak perlu ke lobi.
6. Untuk check out, sila ke tempat kunci diambil dalam pukul 12.00pm untuk memulangkan kunci atau kami akan minta kunci ditiinggalkan di dalam chalet sahaja. Sila sms saya jika anda ingin check out lebih awal.
7. Sebagai tetamu kepada pemilik persendirian chalet tersebut, anda boleh menggunakan kemudahan percuma yang disediakan pihak resort seperti swimming pool, jacuzzi, gym, children playground etc

8. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menggunakan kemudahan-kemudahan berikut
a. Luggage trolley & buggy
b. membuat sebarang permintaan di kaunter atau kepada pekerja resort
c.resort bell service/ room service /laundry service/ housekeeping service / maintenance service - sila maklumkan kepada kami jika anda mempunyai sebarang masalah di chalet
d. menyewa sebarang fasiliti di resort (seperti joran, basikal, board game etc)
e. meminta tuala di swimming pool
9. Kami juga turut menyediakan additional service untuk anda. Jika anda memerlukan joran + umpan (RM30) atau sangkar untuk menangkap ketam + umpan (RM20), sila maklumkan kepada kami sebelum anda tiba. Harga promosi 2 joran + umpan (RM50) atau 3 sangkar ketam + umpan (RM50).

10. Deposit akan dipulangkan jika anda membuat pembatalan lebih 7 hari dari tarikh check in. Deposit tidak akan dipulangkan (tetapi tidak hangus) jika anda menunda tarikh ketika masih berbaki 2 hari tarikh check in. Dan sebaliknya, jika membuat pembatalan kurang 2hari dari tarikh check in, deposit dikira hangus.

11. Jika anda mempunyai persoalan lain, sila emailkan kepada saya. Semoga anda berpuashati menginap di chalet kami.


6 comments:

kasihredha said...

betul setuju...ikan bilis goreng pun sedap kalau masak sendiri :)

Mrs.Izi said...

tu la pasal kak.hok simple2 tu jugok yg sedap

ekinashikin said...

lama x mkn asam rebus...
takat nk masak sekor ikan..haiishh...baik aku beli kat kedai..eheheh...
tpi kdg2 teringin nk rsa yg sendiri msk..

Mrs.Izi said...

kekeke.tu la pasal.laki ko x minat ke asam rebus kin?

ekinashikin said...

laki aku x mkn nya ikn yg kena rebus2 ni..aku je lah yg mkn klu teringin

Mrs.Izi said...

kin:yeke.kalo ko teringin buat je sekor.lepas mengidam.hihihi