Friday, November 30, 2012

cerita ceriti

 tak de tajuk
plus malas nk fikir

ni menu semlm.ayam percik.wat seketul je.kekeke

byk2 pun x abis.

makan dgn sayur air.

sambal belacan.tu je.
 anak kesayangan.eh dah pandai posing la.tp ini budak debok x boleh pakai flash.kalo pakai nt mata dia terpejam.

now dah 4 bulan 2 minggu.berat 7.5 kg.kuss semangat nk berdukung.
 sker gelak.sepanjang masa gelak.ye anak saya lg byk gelak dari menangis.syukur.
menangis tu memang jarangla.minum susu Ya Rabbi byk yg amat.dah tak boleh fully breastfeed.campur2 dah.kena minum air halba la gamaknya ni.kasi susu mencurah2 hehe.susu fomula sekrg dah tukar is*mil.soy based.sbb kulit sensitip.

 sker buat buih.penat nk lap.lg lap lagi byk buih si budak debok ni produce.
 merajuk sbb tak nak duduk atas katil.ini budak sepanjang masa nk beriba je.

 Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 28, 2012

testing2


 asalnya nk testing loyang puding bulat.beli khas untuk buat puding kaler2.tp x jadik2 pun.jadiknya apple kek.resepi asal dari kek pisang.tp di olah sendiri jadi kek epal.letak serbuk kayu manis sket.sedapssss.bg tekak ku la.luar garing dlm soft gitu
yg biji2 nampak moist tu epal la tu.potong dadu pastu masak dgn honey sket gula sket n tabur serbuk kayu manis sket.jadikla.sambil jemur baju kek pun siap.
 mickey yg memakai baju minnie.mak nak jugak baju pink ni.untuk tdo pun x pe.sbb berkenan sgt2.hihi

 Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 27, 2012

activity sesudah subuh


 tajuk x agak2 hehe.

hubby kurang sihat.sbb hari tu jalan jauh sket kan

so masakla kari as per request.

ayam tu keluarkan siap2 before tdo.

bgn pagi tu tumis2 masuk ayam.masak kari je pun.kacau2 siap.pakai santan kotak jeww.pastu tinggal la.nk bg ayam empuk.yg penting dah siap masak.nt ayam dah empuk tu hubby tutupla api.senang kan.nasi dah masuk rice cooker.hubby nk mkn tekan je on.kalo masak siap2 kan sejuk plak.

erkk abaikan kuali berkerak tu.syg ooo kuali ni.dari mula kawin ni la satu2 yg haku guna.kuali berkerak tanda rajin masak kan.padahal malas nk sental
 susun buah dlm bekas.nt senang hubby nk mkn.pastu rembat 3 biji.wat kek pisang

 taraaaa.kek pisang berwalnut.pas bakar td terus g keje.ni hubby yg wasup.kertas minyak tu sengaja lebihkan.sbb nk suruh hubby yg keluarkan.nt dia tarik je kertas tu.hubby kata ok.tp bawah hangus sket.hihihi.sbb hubby memang x tau nk check kek dah masak ke tak.main agak2 je.yg dia tau bunyi"ting" tu tanda dah masak.so pandai2la ko nk agak2 letak brp minit .
 so blk ni x yh masak dah.goreng ikan je kot.boleh cocentrate lipat baju.hari tu g taiping kan.so weekend x basuh baju.agak menimbun la sket.mlm ni setel la.phewwww.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 26, 2012

back tu nature

 pesal back tu nature??sila baca kehidupan sepasang suami isteri yg tak de internet access dan handphone dlm masa 2 hari.hanya bergantung talian hayat dgn 1 hp buruk sahaja.

ceritanya begini...

 sabtu pagi tu ke hospital.mcm biasa follow up sakit hubby.sepital biasala.co*umbia b*kit r*mau.ni entry hubby ni asingla nt.panjang gak nk cerita.

bawakla baju mickey sket.lampin extra sket.susu setupperware kecik.sbb mickey menyusu banyak.kalau breastfeed je x cukup.mau mengamuk anak mak kelaparan nt hehe

lepas check up dalam pukul 1 call satu ustaz ni kat taiping.hari tu masa g clinic.anak ustaz ni bgtau ayah dia pandai ubatkan budak2 yg naik merah2 tu.kalau org ganu panggil k*nan kulit.anak ustaz ni doktor kat taman kitaorg tu.so dia suggest pg buang ibu kenan tu.kalo x buang nt merah2 tu keep ade je.hilang kejap naik balik.

dari sepital terusla ke taiping.3-4 gitu je kan.bolehla blk hari plannya.

sampai sana pukul 5 macam tu.janji dgn ustaz tu pukul 6.

ape2 hal kita g mkn mee udang kat kuala sepetang.tp macam2 menu yg ade.nk mee bandung ke ..nasi goreng udang ke semua ade.dari traffic lite depan tu nk masuk dlm 11km.nt jumpela mee udang mak teh..mee udang port weath ke kalo x silap.mee udang mak jah paling senang.dari depan dah ade sign board.pastu parking pun byk.boleh parking area surau or tanah lapang depan mak jah tu.

nk mkn kat mak jah ramai sgt org.so kitaorg mkn kat kedai yg satu pagar dgn kedai pintu tu.lupa nama ape kedai tu.

DGN BATERI HANDPHONE YG NYAWA2 IKAN.JIMAT2 BATERI SBB NK SIMPAN UNTUK CALL USTAZ TU.

gambo ade la 2 keping kot.dalam handphone hubby.

lepas mkn jumpe ustaz tu.dah ubatkan tu kira okla.merah2 dah kurang.lepas ni kena pg lg 2 kali.yeayy.berjalan lgla kitewww.

lepas tu kitaorg pg mkn nasi kandaq kat penang.40 min gitu je kan.jom redah.

masa tgh mkn.mak call.dia suruh tdo umah adik angkat dia kat taiping.x kasi kitaorg blk kl mlm2 bwk mickey.

sempat salin address kat kertas.terus putus.

uwaaaa.dgn dua2 handphone x de bateri.

lepas mkn terus ke taiping sbb dah pukul 10 masa tu.dengan tak tau taman tu kat mana.main redah je.nk call kawan2 handphone tak de bateri.

tppp jumpe ok.

dgn baju sehelai sepinggang g la umah mak cik ni.mak cik ni dulu my nenek yg jaga.kira anak angkat nenekla ni.tp haku xernah pg umah mak cik ni.derhaka khennn.rumah lama pernah pgla.sejak dia pindah umah baru x pg lagi.

mickey okla.baju +pampers dia bawak spare.susu pun adela.cukupla bekalan sampai esok pagi.


 kitaorg ni???sehelai sepingang.hahaha.laki haku plak.ari tu masa hanta family kat airport.beg baju emergency kitaorg dia alihkan dlm kereta lg satu.pulak dahhhhh.

ok.mlm tu pakai bj kelawar pinjemssss.
hubby pakai t-shirt n pelikat pinjemssss.

baju kitaorg mesin n jemur bawah kipas.

pagi2 esok pg kebun durian.kutip durian.

pakai baju kelawar pinjemsss.

seronok ok.kutip2 durian kat kebun mak cik ni.

lepas breakfast.kononnya nk gerak cepat.sbb baju mickey pun dah habis.tinggal sepasang je.susu pun nyawa2 ikan2.

 selepas loadkan kereta dgn buah2 durian.tempoyak.dan segala bana stock.terus la ke kuala sepetang.

hihihi.sbb mee udang mak jah x mkn lg kan.semlm mkn kedai x dak nama.x puas ati.masa tu dlm kul 11 gitu.

 tp nk pg terus takut tutup lg.sok kitaorg g pusing2 kat taman tasik taipnig yg awesome tu.cantikkan.sker sgt tempat tu.

 lepas pusing.lapaq.nampak doli restoren.ala yg kuew teow dia masak pakai arang tu.pernah masuk rancangan farooq hussin tu.makan share je ok sepinggan je.nt kalo kenyang sgt x leh mkn tpt lain plak.

lepas makan tu.terus ke kuala sepetang.makan mee udang mak jah+udang tepung.nasib anak x menangis.kang x pasal mak tertelan kepala udang nt.kedai mak jah ni agak panas gakla.ala2 rasa bahang mcm kedai ikan bakar kat kg baru tu.sbb atap zink kot.tp belasah jela.kalau korang ni ala2 pompuan melayu terakhir dia ade tpt mkn ala2 jepun.duduk la bersimpuh kat situ hahaha.

lepas makan.gerak blk kl.lalu kot jalan lama.sbbnya.hubby nk mkn laksa kat kuala kangsar.jumpe kat sayong.okla.mkn laksa dgn air kelapa.sedapnya.panas2.

pastu nk masuk ke ipoh.nk makan nasi vanggey.

masa nk masuk ipoh tu mickey kencing ok.di ulang kencing ke atas satu2 baju yg aku ade.hahaha.x taula pampers dia bocor ke ape.tp yg penting kencingla.haha

masuk ipoh cari jusco.kena beli baju mickey n baju haku sekali.arghhhhhh.

beli aku 2 pasang.sepasang pakai.sepasang wat space.beli baju mickey lg 5 pasang.kang ape2 senang.beli susu.beli pampers.

pastu terus ke nasi vanggey.nasi vanggey ni mcm kedai2 mamak yg lain jugak.spesel dia cuma tang sambal kelapa tu je.sowwyla nk tunjuk gambo x dak plak.

gambo sepanjang kat sana x dela.tp gambo selepas ade.
  2 botol asam keping pemberian mak cik.
 homemade ye
tempoyak homemade.satu tupperware besaq.
mak cik ni keja kat kilang spritzer.so bykla bekalan2 air yg dia bg.ade cola.ade perisa oren.mineral water berkotak2.masa ambik tu macam malu2 kucing sbb dtg umah dia cuma bermodalkan nasi kandaq 2 bungkus.hahaha.dia tinggal husband n wife je.anak dia dua org.sorang dah kawin.sorang lg keje kat juru.
susun kat bawah ni plak
x cukup space susun ni la plak
kopek durian sebiji.mkn sorang2.sbb hubby mkn ubat.dia x boleh skip ubat semata2 nk mkn durian.makan sambil tgk bola.kalah 3-0.marah mak.sbb marah terus boleh abis sebijik.

 durian kutip sendiri
  nasi vanggey yg di bungkus sebagai bekalan.tp nasi dia panas2kan.bila bungkus tu dia mcm berwap.tp telan jela.
 ayam kicap yg sedap.tp dah kejung kesejukan.

 kuah kari.dah simapn dlm fridge.hari ni panaskan.pastu goreng ayam rempah.jimat masa nk masak.kui kui.
 nasi vanggey.

tu dia cerita weekend saya

minggu ni kena g taiping lg.sbb kalo ade perubahan ustaz tu ckp kena mai lg 2 kali.

lepas mickey dah setel.nk blk kg.tgk umah yg kitaorg berkenan tu.kalo minggu ni ke taiping.minggu depanla kita blk kg.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 23, 2012

dinner simple dimple

 menu dinner semlm.simple je.sbb sampai pun dah pukul 5.50

masak ape yg ade dlm fridge jela.

tom yam yg super pedas.

 ok.yg ni saya tertipu.masa beli tgk sayur ni,sayur kailan.penjual tu ckp kailan yg jenis besar2
masa potong2 sayur ni semlm hati dah terdetik.macam sawi je.ok saya kenal sawi.but sayur ni dia mcm kacuk sawi n kailan.kira mcm pelik sketla.ke haku x x kenal.hahah
so masakla kailan ikan masin.sekali mkn rasa mcm sawi.pahit.uwaaaaa.kalo ku tau.ku masak lemak putih lg sedap.so x mkn sikit je.kutip2 sotong je mkn.tu pun terasa gak ala2 pahit.tp sbb sotong tu mahal mkn jela.kang rugi.ngee.
 ikan terakhir dlm fridge.so mehle habiskan.
masak hari bekerja memang cincai boncai je
asal siap je.sbb biasa start masak blk keje terus sinsing lengan.kul 7 biasa dah siap.
 rambutan.beli kat area umah.ade lori jual tp jalan.sekilo rm4.mula nk ambik 2kg.rm8.eh rugiiii 3kg rm10.3 kg la.sekali selambak.hari ni bawak mai opis.kalo tinggal kat umah alamaknya sampai buah lebam2 pun belum tentu habis.
 pastu kan ade opismate mintak tolong buat kek coklat.
tp hubby dah bising.sbb dia kata sian kat mickey.betul jugak.blk keje dah start masak.biasa lepas dinner kitaorg main2 dgn dia.bila dah buat kek ni dah abis masa membaking plak.lg2 org punye.kalo kita punye kira cincai boncai je.x jadi pun x pe.kalo org punya tu kena buatla betul2.so buatla 2 bijik.mlm ni x yh baking lg.boleh main2 dgn mickey.ni kitaorg punye.tabur walnut byk2.
  semlm masa salin pampers mickey kul 5 tu dia boleh kencing ok.bila buang je pampers tu terus dia pancut.pastu terus dia gelak2.adoiii.pagi2 buta kena salin semua.terus x boleh tdo.g basuh baju dan goreng mihun untuk hubby.

kul 6.30 dah siap siram pokok2 dan bg ikan mkn.

pekebun berjaya sgt

ok.sekrg ni mengantuk.help!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, November 22, 2012

takutnya

baca dalam kosmo hari ni,bayi 3 minggu di culik pembantu rumah kemboja

seramnya

teringat last 2 months,sebelum raya haji.ade org offer pembantu rumah.x payah tunggu.terus ambik kat ampang je

masa tu haku dah excited.sebab dah lama nk ade ade maid.

hubby masa tu dah berjaya haku pujuk2.hubby x brp gemar ade maid sebenarnya.dia kata x selesa ade org dlm rumah.

pastu bg tau mak.membantah habis habisan mak masa tu.dia ckp takut bawak lari cucu dia.

masa tu aku mcm "ala...mana leh bawak lari"passport kita pegangla" dalam hati la ni.hahaha

sbb bengkek mak x kasi kan.masa tu hubby pun mcm dah x setuju.kira dia sokong makla.

masa tu aku fikir laki aku x pandai matematik.hahahah.plus aku rasa dia nk dera aku wat keje.

sbb aku fikir tiket flight every week blk kg dah berape.kalo compare ambik maid baru dlm 700 gitu.paling mahal pun x kan cecah 1K.

pastu x penat.blk keje umah dah ade org kemas..anak ade dgn kita.x yh nk rindu2.pastu every week x yhla berkampung kat klia tu lg.

memang la aku pun rasa x selesa.tp memikirkan.nt mickey ade kat kl.so blk keje aku leh senang lenang main dgn anak.plus masak je sikit2.kemas2 n membasuh pass kat bibik.

masa tu aku dah fikir2.pasang jela cctv serata umah.kita monitor je dari opis.kalut sgt mak dgn laki ni.hahaha.sgt derhaka ok fikir mcm tu.

ok.bila baca berita ni insaf jap.takut ok.nasib masa tu aku x kedegak gi ambik maid tu.kalo jadik mcm ni.mau menangis sampai jadi kasim selamat.

x pela.mickey duduk jela kat kg ye.asal selamat.nak anto nursery atau org jaga lagila haku x percaya.
risau fikir mcm2.eh aku pun kalut mcm mak aku gak rupanya.hahaha.takut ade budak lain lepuk diala.takut penjaga x tgk betul2 la.mcm2la.ok aku sgt kalut.sampai kalo org x biasa nk pegang dia pun aku mcm takut.takut nt dia pegang kasar2.nt kang anak aku x selesa.tp dia x reti nk ckp.hahaha.pastu aku x nak dia terdedah dgn environment dgn org yg ckp kasar2.x skerla.memang dari kecik kitaorg ajar n train dia ckp sopan2.nt kang org jaga jenis pengasar.x pasal anak kita terikut2 habit tu.

mula tu pernah ade sorang kakak ni mcm nk jaga mickey.dia jaga dua org budak je.so kalo dia jaga mickey.kira 2 org jela.sekali pg rumah dia.dia aku engkau je dgn budak dia jaga tu.budak tu dlm 5 thn kot.

penjaga:kau jgn main atas kerusi tu.nt jatuh

what????kau?omg.

kuiz ari ni.

adekah saya ibu yg paranoid????







activity di malam hari

 kek di kala keboringan

x la keboringan mana pun.tp sebb lama x baking.tgk org baking kita pun excited.hehe

lepas masak nasi +lauk n goreng mee sanggul kat hubby

project pun bermula

ala carrot dlm fridge plak.malas nk tunggu ke suhu bilik.parut2 campak je .gaul2 jadikla.kurang gebu sbb carrot n telur dari fridge.x penyabau kan.terus mulakan acara membaking.

 patut lg gebu.tp yg ni pun ok.licin gak ku bedal.heheeh.
 
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 21, 2012

finally

 T*man K*ala Ter*ngganu G*lf R*s*rt

Akhirnya kitaorg jumpe la kot rumah yg kitaorg rasa berkenan.Actually ade beberape buahla nk kena g tgk.tp yg ini tuan tanah paling berkenan.dan paling penting dalam budgetla.kalo berkenan tp lebih bajet x guna gak.kang melopong je.ukur baju di badan sendiri org ckp..tapi kalo ikut badan tuan tanah kena XXXXXXL nih.hahahaha

Next week blk ganu kejap.
blk flight jumaat malam.ahad pagi blk kl.
blk nak tgk rumah.nak tgk location.design n ape2 yg berkenaanla.

sekrg byk kes yg berape sedap di dengar kan.so rasanya dulu kat g*lf c*ub lg selamat.
nk beli kat kl x mampu.kat kampung pun jadikkkk.hahaha

project by UDA Holding* bhd.

rasa berkenan yg design ni.tgk nt mcm mana.doakan semuanya smooth je k.Ameen.


  porch tu kecik sgt.pastu pesai x de balcony eh?
nt kena tanye developer boleh nk tukar design sket2 x.

teringat dulu sebelum beli rumah yg kitaorg duduk sekrg ni kitaorg ade berkenan satu  town house, kat Country Heights kajang,masa tu rege dia  mampu milik lgla.aku ade buat satu entry dulu.kat entry m"misi mencari rumah"

rumah tu tingkat atas..facing tasik.memang cantik sgt.memang kalo ikut tuan tanah nk time2 tu jugak.ade 3 kali gakla haku meroyan ajak hubby g tgk umah tu.means lepas jumpe agent tu.aku ajakla lg pg.pg pagi nk tgk jem ke tak dan mlm dua kali.gila saiko kot.hahaha.first time g malam.agak scaryla.sunyi yg amat.byk kosong rumah2 kat situ.kebanyakan diaorg beli untuk rumah persinggahan kalau dtg kl je kot.tp mak x puas ati uolsss.mak ajak lg hari weekdays.masa first tu g time weekend.so mungkin ramai org g mana2 kot.g time weekdays lagiii sunyi.terkuburla impian mak nk tinggal di situ.lg2 selepas menerima kenyataan yg ala2 ugutan dari hubby

Hubby:kalau saya tak de mlm2 awak berani ke duduk sini?

ni picture haku gugel.mcm ni la rumah tu.yg nk jual tingkat atas.bukak pintu tu terus boleh view tasik.cantikssssssss.masih terbayang2.masa tu haku bertekad.kalola aku kaya nt aku ku beli jugak rumah ni.x dapat duduk hari2 dpt dtg weekend je pun jadi.hahaha.gila kuat berangan kan.tp aku impian ni belum totally terkuburla.masih bercita2 lg ni.kalo murah rezeki nt ameennn.

 

Dinner

 semalam time lunch ke sg besi.
makan ikan bakar then tapau sup kat hubby
blk je dia dah keluarkan daging.nk mkn gulai kawah katanya.ermm kesianla plak.so sup tu masuk fridge.kita masakla gulai kawah

buat sikit jela.gulai kawah ni makan byk2 kang muak plak.
 gulai kawah ni dia sedap letak campuran limpa ke ..hati ke..tulang ke..campur sket2.dia x sedap daging je.kena mix2.baru rasa manisnya.

 pastu goreng ikan cencaru je.sbb dah lewat.hubby lepas 30 min makan ubat kena mkn.so goreng jela.ingat nk bakar sumbat.
 pastu blender sambal belacan.nk tumbuk x sempat.

 pastu semlm ade bola kan.terus anak beranak berhimpit dok depan tv

tau ape budak debok ni tgk
ralit sungguh.

 tengok bola ok.
x berkelip.dia lg sker tgk bola dari cartoon.good! nt besar2 kita x yh berebut channel k.lg 2 thn dah boleh masuk stadium.tgk live gitu.

 seri jewwww
terus down anak mak.bukan anak je.bapaknya pun down.haha

 Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

rezeki di pagi hari

 pagi2 masuk keje dapat 2 bekas kueh dari kakak opis.

misi
aku buat ko rasa
ko buat aku lak rasa
hahahaha

biasa kalo turn aku tu kek jela.kueh2 ni mak x berape reti.
kalo kek macam2 kek boleh.tp yg simple2 jela.yg canggih x pandai.

 kueh lapis warna P*R kata kakak tu.hahaha.lawak je
cream puff yg gebus n lembut jeeeee.sumpah sedap.

yumsssssssssss

Monday, November 19, 2012

dinner :tema:antara dua darjat

tema dinner semalam

Antara dua darjat

hubby makan nasi dgn gulai ikan kering+telur dadar

madam makan rosemary chicken(Again???).xde potato.x pe carrot pun boleh.ni versi letak serai.kita melayukan menu western.haha.tp seriously bila letak serai rasa carrot tu jadi x sedap.mcm terlalu kuat lak rasanya.dalam rasa kuat tu pun licin gak ku bedal.tp carrot x makan.dulu punye vessi letak honey.ni versi letak gula perang.gitewwww.pastu sbb kes baru beli serbuk kayu manis .ku tuangkan jugak sikit.erkkk sedap yg dulu lg kot.hew hew.
 versi selepas masuk dlm pinggan

 versi baru keluar oven
 gulai ikan talang kering.campur buah terung+carrort+kacang panjang.dalam gulai ni letak udang besar2 jugak dalam beberape ekor.hihi.sbb ade pun stock 6 ekor je.jadikla.
lawan dengan telur dadar.
hubby yg request lauk ni.
 minum air tembikai+sprite.sedaps.


budak L*DN

 budak yang asyik nk tax kan mak ayah dia.eh silap.ayah dia biasa yg nk taxkan diri sendiri.pagi2 mana2 mesti ade tax untuk budak debok ini.

tp ayah dia x rasa mahal lak tu.nampak mainan.eh RM200 je.murah ni.mickey mesti sker.terus masuk trolly.apekah???????

kalo haku nk handbeg.dia tapis habis habisan.dah bykla.warna tu dah adela.x de spacela.uwaaaa.

tp kalo mickey semua ok.padehal.anak dia ni mainla sehari je kot.hari kedua dah boring.kena cari mainan lain plak.bilik dia dah penuh dgn mainan.macam taska plak rasanya.

semalam ade citer kelakar.jiran sebelah mesin rumput kat lama dia.ini budak debok takut ok.siap meraung2.

dah pujuk2.x jalan jugak.x kan nk g marah jiran kot.suruh stop potong rumput.hahaha.saiko sgt.

terus melepek kat mummy.
 jom ambik gambo.excuse the baju kelawar.haha
 penat nangis sampai tertidur.ok ni hasil cukai terbaru ye.nasib yg ni murah.
 bangun2.yeayyyyy.dah tak bunyi bising potong rumput.

menu weekend

 menu sabtu malam kot.lupa la plak

sayur lemak yg di perisakan dengan ikan bakar tumbuk.hehe.sayur campur2.ade kacang panjang.ade sawi.ade kubis.
 di lawan plak dgn sambal belacan tumbuk pakai lesung.bukan blender ye.gigih sgt.pastu ade lg satu menu.siakap 3 rasa.tp gambo hilang plak.rasa mcm dah snap ke ari.ke ntah lapor x snap pun pic tu.kekeke.
 menu sabtu jugak(kot??)dinner ni.
ayam rosemary.baru ade pokok rosemary kan.so excited pelik sket.
perap2 masuk fridge
 lepas bakar.siap!senang banget.dapur pun x berkecah.
 makan dengan nasi goreng.KG sgt.dah ade carbo kat potato tu lg nk nasik.
 nasi goreng seafood.ade udang+sotong.erkk ade ayam jugak.
 lawan dgn tea ais homemade.sedap sgt.

 ni menu breakfast.breakfast ok.di ulang breakfast.nasi goreng balance semlm tu.panaskan je.

pastu goreng ayam ala KFC.pakai tepung campur2 sendiri.campur tepung jagung.tepung beras.tepung gandum.ayam tu perap la dgn bawang putih dulu+halia+lada hitam+garam.ni bahagian dada tu.kalo x masak mcm ni memag x lakula part dada tu.x de org nk makan.kat umah ni cuma bahagian kepak,peha,thigh.yerr semua bahagian yg ala2 berlemak gitu.hehehe.sbb tu kalau beli ayam lg sker beli yg boleh pilih2 bahagian mana tu.kalo beli sekor.ni la masalahnya.x dak org makan part2 tertentu.
 cicah lak dgn sos ni.homemade.resepi pernah kasi dulu.sos ala2 cheesy wadges kfc tu.
 pastu lawan dgn milo ais tabur.gemuk?????ape tu gemuk?lalalala